Cuba tengok hidung masing-masing ada tak blackheads? Allahuakhbar rimas and stress kannn💆🏻♀️Blackheads ni nampak mcm bukan masalah serious, tapi ini lah selalu buat kita tak confident lagi-lagi naik dekat hidung.
.
.
Korang tahu tak gabungan UBAT GIGI & GARAM ni antara petua paling famous termasuk omputeh guna untuk hapuskan blackheads? Swanie pernag cuba and berkesan yuolss!(actually cuba sebab tak larat nak cari mask yang betul2 menjadi hihi)
.
.
✅ UBAT GIGI (any brand), GARAM & AIS
1. Ambil sedikit colgate dan garam, gaulkan hingga rata
2. Sapu/ gosok perlahan pada kawasan hidung kita (kawasan blackheads je, jangan gosok satu muka)
3. Masa sapu/ gosok tu boleh guna jari atau berus gigi
4. Bilas sehingga bersih
✔️ Lepas bilas, golekkan ais pada kawasan blackheads (hidung) utk tutup pori terbuka. Hasilnya korang boleh nampak hidung semakin licin glowing. Takde lagi masalah hidung mengerutu penuh dengan blackheads degil.
.
.
❗️ Blackhead adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelenjar “sebaceous”, menyebabkan pori tersumbat dalam keadaan kulit terbuka. Apabila terdedah kepada udara, lebihan minyak dan kulit mati yang tersumbat itu berwarna hitam. .
.
.
❗️Lagi satu kulit kita terdedah kepada radikal bebas, asap, debu, dan segala macam kekotoran setiap hari. Kalau tak cuci muka dengan betul, semua kekotoran tadi akan tersumbat dalam liang pori menyebabkan berlakunya whitehead dan blackhead.
.
.
InshaAllah kalau amalkan selalu,dengan izin Tuhan dapatlah atasi blackhead2 degil ni hihi.Jangan lupa bismillah yaa sebelum cuba🧕🏻
Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku
[Hadith Sahih – Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban]